Isnin, November 08, 2010

Amrad: Hukum Allah yang dipinggirkan

Amrad: Hukum Allah Yang dipinggirkan

copied from Mashoori's Blog

الحمد لله رب العالمين الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على رحمة للعالمين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آلــــــــــه وصحبه وسلم أما بعد،

Musuh-musuh Islam amat tidak kenal akan erti penat dan lelah dalam merosakkan Islam dan Umatnya. Mereka gagal merosakkan Agama Allah yang mulia ini namun dapat menyelewengkan umatnya daripada jalan Allah yang lurus. Islam amat teliti dan undang-undangnya amat sempurna maksum lagi terpelihara. Musuh-musuh Islam cuba menyelewengkan umat Islam dengan menaikkan nafsu jahat dalam diri setiap manusia. Amat sedih apabila kita selalu dengar masalah homoseksual dalam kalangan anak remaja kita. Asrama lelaki menjadi antara tempat utama jenayah ini berlaku. Lebih sedih apabila kita dengar berlakunya jenayah ini di sekolah-sekolah agama. Ini menimbulkan fitnah lagi terhadap agama Allah yang mulia ini. Kenapa ia berlaku? Apakah Islam tiada jalan penyelesaiannya?


Apa sebenarnya?

Risalah kali ini timbul daripada pemerhatian keadaan kehidupan remaja kita yang gagal mematuhi peraturan hidup beragama yang sempurna. Batas-batas aurat tidak dijaga, pandangan tidak ditundukkan. Islam bukan sahaja menyatakan wanita sahaja yang menjadi penaik nafsu bahkan lelaki juga. Kajian barat yang dusta dan keji menyatakan bahawa punca homoseksual adalah genetik telah lama dinafikan oleh Islam apabila Islam meletakkan hukum Khas berkenaan Amrad atau Murdan dalam bahasa ‘Arab.


Apa itu Amrad?

Amrad dalam bahasa arab adalah yang bersih pipinya daripada bulu (tiada janggut) bagi manusia dan dahan yang tiada daun bagi tumbuhan. Amrad bermaksud remaja yang belum tumbuh janggutnya walaupun telah nampak bibit misainya.

Istilah Fiqh menyatakan bahawa remaja lelaki yang telah baligh dan belum tumbuh janggut walaupun misainya sudah sudah mula kelihatan. Remaja bermakna seorang itu sudah baligh dan belum mencapai 30 tahun. Adapun jika setelah umur itu dia masih belum tumbuh janggut maka dinamakan Ajrad.

Termasuk dihubungkan dgn amrad adalah kanak-kanak lelaki yang masih kecil yg mencapai umur tamyiz. Kerana mereka pada umur ini mempunyai kecantikan yang ada pada wanita bahkan lebih lagi.


Hukum Amrad:

1.Hukum Melihat Amrad dan Bersendirian dengannya:

Amrad yang mempunyai wajah yang cantik atau biasa diistilahkan sebagai ‘hensem’ dan boleh menarik perhatian yang melihatnya maka ulama’ bersepakat haram melihatnya dengan syahwat dan makna syahwat ialah bersenang atau merasa lazat melihatnya. Hukum ini berlaku atas wanita dan lelaki iaitu tidak boleh melihat amrad dengan cara lazat atau syahwat. (melihat apa pun dengan syahwat adalah haram dengan ijma’ dan sesiapa yang menghalalkannya adalah kufur,wal’iyazubillah).

Adapun apabila bukan dengan syahwat tetapi disyaki atau ditakuti timbul syahwat seperti seorang yang belum berkahwin atau amrad melihat pada amrad maka ini diharamkan jugak. Ada sesetengah ulama’ berkata ia makruh namun apa pun jua ulama’ bersetuju melihat amrad dengan tanpa syahwat tapi ditakuti timbul syahwat maka adalah dilarang syara’.

Seperti mana diharamkan melihat – yang dimaksudkan lihat di sini adalah istidamah an-nazar atau menilik atau merenung dengan sengaja, adapun melihat secara biasa dan sekejap maka itu diharuskan tanpa syahwat- maka diharamkan jugak berkhalwat dengan amrad sama ada lelaki mahupun perempuan bahkan tidak boleh berkhalwat antara amrad dengan amrad walaupun ramai dan lelaki dengan amrad walaupun ramai. Berkata ulama’ Syafi’iyyah dalam Bughyatul Mustarsyidin:

لا تحل خلوة رجل بمرد يحرم نظرهم مطلقاً بل ولا أمرد بمثله وهو متجه،

Maksudnya: dan tidak halal berkhalwat lelaki dengan beberapa amrad dan haram melihat mereka secara mutlak dan tidak boleh berkhalwat amrad dengan amrad dalam keadaan berhadap-hadapan.


2.Berjabat Tangan dengan Amrad

Berjabat tangan dan menyentuh amrad dengan syahwat sudah maklum akan haramnya. Adapun jika bukan dengan berlazat namun disyaki berlaku timbul syahwat maka dimakruhkan berjabat tangan dan menyentuhnya.


3.Imamah Amrad

Makruh bagi amrad menjadi Imam Solat dan menghadiri Jamaah adalah tidak wajib atasnya.


4.Beberapa perkara yang perlu diraikan ketika berurusan dengan Amrad:

Dalam Mausuah Fiqh Kuwait dinyatakan sebagai berikut:

التّعامل مع الأمرد الصّبيح من غير المحارم ينبغي أن يكون مع شيءٍ من الحذر غالباً ولو في مقام تعليمهم وتأديبهم لما فيه من الآفات . وعند الحاجة إلى معاملة الأمرد للتّعليم أو نحوه ينبغي الاقتصار على قدر الحاجة ، وبشرط السّلامة وحفظ قلبه وجوارحه عند التّعامل معهم ، وحملهم على الجدّ والتّأدّب ومجانبة الانبساط معهم . والأصل : أنّ كلّ ما كان سبباً للفتنة فإنّه لا يجوز ، حيث يجب سدّ الذّريعة إلى الفساد إذا لم يعارضها مصلحة .

Maksudnya: Berurusan dengan amrad yang cantik tanpa mahram hendaklah dilakukan secara berhati-hati walaupun dalam urusan mengajar dan mendidik mereka kerana kemusnahan yang boleh berlaku. Dan ketika berhajat berurusan dengan amrad untuk mengajar dan sebagainya hendaklah dilakukan sekadar keperluan sahaja dengan syarat selamat dan terpelihara hatinya dan anggotanya ketika berurusan. Dan melakukannya dengan beradab dan tidak bermudah-mudah dengan mereka(amrad). Dan asal adalah: Semua yang menjadi sebab kepada fitnah adalah tidak boleh kerana wajib menutup pintu-pintu kerosakan jika tidak ada maslahah.-Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah,jil 6.-

Berkata Imam Sufian al-Tsaury r.h:

إنَّ مَعَ الْمَرْأَةِ شَيْطَانًا وَمَعَ الْحَدَثِ شَيْطَانَيْنِ
Maksudnya: "Sesungguhnya bersama dgn seorang wanita itu satu syaitan,sedangkan bersama dgn budak lelaki itu DUA SYAITAN". [Majmuk Fatawa Ibn Taimiah, 11/545].

Berkata sebahagian Tabi'in:

مَا أَنَا عَلَى الشَّابِّ النَّاسِكِ مِنْ سَبْعٍ يَجْلِسُ إلَيْهِ بِأَخْوَفَ مِنِّي عَلَيْهِ مِنْ حَدَثٍ يَجْلِسُ إلَيْهِ
Maksudnya: "Aku tidak takut ke atas seorang pemuda ahli ibadat akan berada dekatnya seekor haiwan buas melebihi takut aku duduk di sebelahnya seorang budak lelaki".
-yakni mereka lebih takut dekatnya seorang pemuda dgn budak lelaki daripada dia berada dekat dgn haiwan buas.

Berkata Imam Ibn Taimiah r.h:
أَمَّا صُحْبَةُ المردان عَلَى وَجْهِ الِاخْتِصَاصِ بِأَحَدِهِمْ - كَمَا يَفْعَلُونَهُ - مَعَ مَا يَنْضَمُّ إلَى ذَلِكَ مِنْ الْخَلْوَةِ بِالْأَمْرَدِ الْحَسَنِ وَمَبِيتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَنَحْوِ ذَلِكَ . فَهَذَا مِنْ أَفْحَشِ الْمُنْكَرَاتِ عِنْدَ الْمُسْلِمِينَ وَعِنْدَ الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى وَغَيْرِهِمْ

"Adapun bersahabat dgn amrad secara khusus dengan seorang daripada mereka -seperti yang mereka (sufi) lakukan- bersama dilakukan dengannya berkhalwat dgn amrad yang kacak serta tidurnya dia bersama dgn orang lelaki dewasa serta seumpamanya maka ini adalah termasuk perkara mungkar yang paling keji di sisi kaum muslimin, Yahudi, Nasrani dan selain mereka".

Berkenaan perkataan Ibn Taimiah r.h di atas beliau dminta fatwa berkenaan perbuatan kaum Sufi yang menjadikan lelaki amrad sebagai teman, seumpama teman wanita dan dijadikan teman tidur, berjalan dan seumpamanya. Ini adalah haram.

berkata Ibn Taimiah r.h lagi:

وَكَذَلِكَ مُقَدِّمَاتُ الْفَاحِشَةِ عِنْدَ التَّلَذُّذِ بِقُبْلَةِ الْأَمْرَدِ وَلَمْسِهِ وَالنَّظَرِ إلَيْهِ هُوَ حَرَامٌ بِاتِّفَاقِ الْمُسْلِمِينَ . كَمَا هُوَ كَذَلِكَ فِي الْمَرْأَةِ الْأَجْنَبِيَّةِ

"demikian juga muqaddimah maksiat; bertalazzuz (merasakan lazat) dgn mencium amrad, menyentuhnya dan MEMANDANGNYA ini adalah haram dgn ittifaq kaum muslimin seperti mana pada hukum wanita ajnabi".

Kesimpulan:

Fitnah amrad amatlah bahaya atas lelaki dan wanita, Kisah Yusuf A.S. menjadi saksi bagaimana fitnah amrad pada wanita manakala kisah kaum Luth A.S. menjadi bukti bahawanya amrad jika tidak diperlakukan menurut hukum Allah menjadi fitnah atas kaum lelaki.Semoga Allah melindungi kita daripada azab-Nya dan mendekaktkan kita pada syariat-Nya..Amin…

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama1/12/17 5:43 PG

    Oh. This is beneficial.
    Thank you.

    BalasPadam
  2. my thought....amrad = well looking men and very attractive. women and men also might attract to them. not all of amrad people are gay

    BalasPadam